Shining Stars//
salam rindu buat mu di sana
Sunday 14 June 2015 | 14:58 | 0 Words
melangkah mereka keluar dari hidup aku
atau mungkin aku yang menyakiti mereka
atau mungkin dah tiba masanya
dan mungkin memang sampai sini jalan ceritanya

pedih;
bila mana mereka lah yang aku sayang
tempat aku 'mengade'
tempat aku kongsi segala masalah
tempat aku meluah pahit manis yang aku rasa
sungguh aku sayang

tapi bila takdir dah menentukan semuanya
siapa aku mahu tolaknya
Tuhan, kuatkan hati hambaMu ini
moga aku mampu berjalan sendiri
moga aku mampu bangun sendiri
walau tanpa mereka sekeliling
Tuhan,terima kasih atas kehadiran mereka
yang banyak beri kekuatan pada diri ini
yang beri pengalaman hidup ini
sungguh aku rindu

Tuhan, jagakan mereka yang jauh
bawa mereka menuju jalan syurgaMu
moga mereka bahagia
hingga akhir nanti.

salam rindu buatmu, Sahabatku..



-Past- | -New-